Rabu, 16 Julai 2014

AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRASEKOLAH SK TAMAN DESA SKUDAI TAHUN 2014 KE KIDZANIA, KUALA LUMPUR

TARIKH 26 JUN 2014 - Seramai 30 orang murid prasekolah telah menyertai lawatan sambil belajar ke KIDZANIA, Kuala Lumpur.Pengalaman yang sangat berharga bagi murid-murid prasekolah adalah keranan mereka mencuba dan mengalami sendiri kerjaya-kerjaya yang ingin mereka ceburi apabila dewasa nanti. Lihatlah antara gambar-gambar yang dapat kami paparkan.


                                                 

    Kerjaya sebagai Ahli Bomba


    Kerjaya sebagai Doktor dan Nurse di KPJ Specilist Hospital


Kerjaya di Pasaraya

    Kerjaya sebagai Desginer dan Juruteknik Kereta di HONDA



Rabu, 4 Jun 2014

SUKANEKA DAN MINI SUKAN PRASEKOLAH 2014 

                                                                                 

 








Isnin, 31 Mac 2014

MESYUARAT KEMUAFAKATAN PRASEKOLAH TAHUN 2014


Mesyuarat Kemuafakan Ibu bapa Prasekolah Tahun 2014 telah diadakan pada 31 Mac 2014. Pelbagai program telah dibincangkan untuk murid-murid Prasekolah SKTDS. Di antara agenda-agenda prasekolah adalah membincangkan tentang lawatan prasekolah, program gotong royong ibu bapa prasekolah dan permasalahan murid prasekolah.







Terima kasih kepada ibu/bapa/penjaga memberi kerjasama kepada pihak sekolah. Diharap dengan adanya aktiviti yang dibincangkan akan mengeratkan lagi hubungan  ibu bapa/penjaga prasekolah dengan pihak sekolah.

Ahad, 2 Mac 2014

MAJLIS MAULIDUR RASUL TAHUN 2014

MAJLIS MAULIDUR RASUL SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DESA SKUDAI TELAH DIADAKAN PADA 19 FEBRUARI 2014 (RABU). PELBAGAI ACARA TELAH DIADAKAN BERMULA DENGAN PERARAKAN DI PADANG SEKOLAH SKTDS.







Rabu, 15 Januari 2014

ALAMAT EMAIL IBU/BAPA/PENJAGA

Sila emailkan kepada kami butiran berikut sebelum 25 Januari 2014.                                                           

1) Nama Anak :
2) Kelas Prasekolah :
3) Nama ibu/bapa/penjaga :
4) Alamat Email untuk dihubungi :
5) Alamat Facebook :

Emailkan ke : prasekolahsktds@gmail.com

Terima kasih.

PEMAKAIAN BAJU UNIFORM DAN SUKAN PRASEKOLAH TAHUN 2014

Untuk makluman ibu/bapa/penjaga pemakaian baju murid Prasekolah Sk Taman Desa Skudai adalah seperti berikut :

AHAD    : BAJU UNIFORM

ISNIN     : BAJU SUKAN

SELASA : BAJU UNIFORM 

RABU      : BAJU SUKAN 

KHAMIS : BAJU UNIFORM




Sebarang pertanyaan boleh lah email di alamat email prasekolahsktds@gmail.com.

Ahad, 5 Januari 2014



SELAMAT DATANG MURID-MURID PRASEKOLAH TAHUN 2014

Uh....seronok melihat karenah murid-murid prasekolah ni..macam-macam ragam dan macam-macam karenah..ada yang menangis dan ade yang suka memanjat pintu..tak mengapa di sekolah murid-murid boleh belajar dan terapkan di rumah.